Tag Archives: Bisnes Part Time

Cara Berkerja Dari Rumah

Dalam keadaan ekonomi yang sedang berdepan dengan pelbagai cabaran, ada yang tertanya-tanya, apakah bisnes dari rumah yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah, yang sentiasa diperlukan dan praktikal?


Tutorial Memulakan Bisnes Makanan

Bagaimanakah kita mahu mencari pendapatan tambahan?

Adakah terdapat jenis bisnes yang mungkin mudah dimulakan dengan modal rendah.

Cuba fikir.
Semua orang kena makan.

Tapi ada yang sibuk mencari rezeki, sibuk menjaga anak, penat buat terlalu banyak kerja, sampai tak sempat nak sediakan makanan sedap-sedap untuk diri sendiri dan juga yang tersayang…

Ada peluang nampaknya memulakan bisnes menjual makanan secara delivery dari rumah!

Kenapa tak buka restoran? Hooooo jangan cari pasal! Modal besar, sudahlah sekarang kita kena penjarakan sosial..cari nahas namanya. Orang belum tentu datang, bahan yang diperlukan tak dapat budget berapa banyak, gaji pelayan, gaji tukang masak, sewa kedai…

Fikir untuk berjimat, fikir di mana kita dapat kawal banyak elemen.

Dengan bisnes delivery makanan:

Kita tentukan menu..
Kita tentukan berapa banyak kita nak jual..
Kita tentukan bila kita nak hantar..
Kita tentukan sejauh mana kawasan yang kita nak liputi..
Kita cuma masak berdasarkan jumlah order..
Kita cuma beli bahan berdasarkan jumlah order..
Kita cuma sediakan makanan yang ditentukan apabila pelanggan dah bayar..
Banyak sangat yang kita dah jimat di sini..

Ini salah satu kerja dari rumah yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Modal Smartphone dan Whatsapp.

Kita war-warkan servis kita melalui group Whatsapp kawasan kita, tawarkan khidmat yang terbaik, harga yang bersesuaian dan bila tiba waktu hantar, kita hantarkan makanan sedap tepat pada waktu yang dijanjikan yang buat pelanggan rasa, “Wahhhh ini sangat berbaloi, kita kena support dan kita kena order lagi!”

Rahsia kejayaan bisnes dari rumah seperti ini mudah sahaja: Berkerja keras memastikan kepuasan hati pelanggan.

Makanan yang kita hantar mesti sedap, on time dan berbaloi dengan harga.

Kerja dari rumah yang ikhlas mudah mendapat tempat di hati. Tak percaya? Lihatlah channel youtube Sugu dan Pavithra. Semua orang suka!